7 Langkah Menjadi Pelajar Hebat Matematik SPM

1. Ketika guru mengajar di kelas, berilah sepenuh perhatian kepada apa yang guru ajarkan. Pastikan anda memahami segala-gala yang diajar oleh guru anda. Jika anda tidak faham sebarang topik, bertanyalah terus kepada guru atau kawan-kawan dengan serta-merta(ketika kelas berlangsung) atau pada hari yang sama apabila keadaan mengizinkan. Sikap suka bertangguh-tangguh untuk bertanya apabila tidak faham adalah punca utama kenapa pelajar semakin sukar mengikuti subjek tersebut, dan seterusnya menyebabkan kehilangan minat untuk menguasainya.

Ketika penulis bersekolah di SMAP Labu 16 tahun yang lepas, budaya bertanya guru dengan serta-merta adalah sangat tebal di kalangan pelajarnya. Jika kelas tamat dan masih ada soalan belum terjawab, para pelajar akan terus ‘memburu’ guru hingga ke bilik guru bagi mendapatkan jawapan. Di bilik guru, pelajar bebas keluar masuk untuk bertanya soalan dan berbincang dengan guru masing-masing. Budaya sebegini menjadikan sekolah tersebut di antara yang terbaik di Malaysia.

2.Setiap pelajar memerlukan beberapa buah buku rujukan kerana buku teks semata-mata adalah tidak mencukupi. Saya mencadangkan pelajar menggunakan buku rujukan SPM Matematik Matematik Tambahan ‘Success’ oleh Oxford Fajar dan Analisis Matematik/Matematik Tambahan oleh Pelangi. Kedua-dua penerbit buku ini, pada pendapat penulis, adalah yang terbaik di pasaran (lihat gambar).

Malah ketika penulis sendiri bergelar pelajar SPM 16 tahun yang lepas, buku Analisis Pelangi berwarna Merah adalah buku belajar utama. Soalannya terdiri daripada tiga aras kesukaran berbeza; senang, standard SPM dan mencabar. Aras pertama untuk membantu memahami asas-asas sesuatu topik, aras kedua untuk membiasakan diri dengan format dan kesukaran peperiksaan SPM sebenar, dan yang paling menarik adalah aras kesukaran ketiga (‘challange yourself’) iaitu kenikmatan dan keseronokan menguji diri sendiri dengan soalan yang betul-betul mencabar! Kebanyakkan buku rujukan lain tidak mempunyai soalan aras tinggi sebegini.

3. Apabila mengulangkaji sesuatu bab baru buat pertama kalinya, pelajar hendaklah membaca nota-nota di dalam buku rujukan dahulu. Pastikan pelajar memahami konsep bab itu dan cuba menghubungkan dengan apa yang telah diajar oleh guru di sekolah.

4.Pelajar perlu tahu bagaimana untuk menggunakan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan soalan-soalan latihan. Perhati semua soalan contoh di dalam buku rujukan. Pastikan bahawa anda faham bagaimana setiap soalan ini diselesaikan, langkah demi langkah. Jika tidak faham, segeralah bertanyakan kepada guru, rakan-rakan atau dapatkan bantuan melalui internet (Youtube/ forum/ Facebook group dll).

5. Kemudian, pelajar perlu melakukan banyak latihan. Belilah buku-buku latihan tambahan jika perlu. Anda boleh bermula dengan membuat soalan-soalan topikal (topik demi topik). Apabila anda telah memahami semua topik, teruskan dengan melakukan kertas ujian model SPM, soalan percubaan tahun-tahun lepas dan paling penting, soalan SPM beberapa tahun ke belakang (lihat gambar). Semua set soalan di atas seharusnya boleh diperoleh di kedai-kedai buku berdekatan. Selepas melakukan latihan ini, rujuklah kepada jawapan yang diberikan, termasuk dengan pembahagian markah yang sewajarnya (jika ada). Di sini, buku Analisis Pelangi sangat membantu kerana buku tersebut dibekalkan dengan ‘worked solution’ yang lengkap di dalam CD-ROM bersama-sama buku tersebut.

6. Apabila melakukan ulangkaji sebelum menduduki peperiksaan, anda sekali lagi perlu melihat sepintas lalu soalan-soalan contoh bagi semua bab dalam buku rujukan. Jika anda terlupa konsep mana-mana topik, ulanglagi dan teliti balik nota di dalam buku rujukan untuk bab itu.

7. Kertas Matematik SPM juga akan menguji beberapa topik daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 , selain daripada topik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Jadi pastikan anda jangan lupa topik tersebut. Buku rujukan Matematik SPM ‘Success’ oleh Oxford Fajar mengandungi beberapa contoh soalan untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3, jadi anda juga perlu meneliti dan mengulangkaji topik-topik tersebut jika telah terlupa.

7 langkah di atas adalah hasil pengalaman penulis sebagai pelajar dan guru. Jika seseorang pelajar mengikut sepenuhnya panduan di atas, Insya Allah, A hatta A+ adalah di dalam jangkaun. Usaha, doa dan tawakal adalah jalannya.

Aizuddin Yusoff
www.aizuddinyusoff.com

001. Muka Depan

DSC_0801

Tempahan Kelas Intensif Cuti Sekolah (19-27 September 2015) Dibuka sekarang!

Adakah anak anda bersekolah di MRSM, SBP mahupun sekolah berasrama lain, dan mengahadapi masalah dalam Add Math atau Fizik?

Kelas Intensif Cuti Sekolah adalah untuk anak anda!

Sila semak jadual di sini, dan hubungi kami untuk tempahan. Bertindak sekarang sebelum terlambat!

Home Tuition

Adakah adik-adik sedang mencari guru tuisyen untuk datang ke rumah, ulangkaji bersama-sama, tunjuk ajar untuk selesaikan masalah Add.Math/Fizik langkah demi langkah, score gempak di dalam setiap ujian dan peperiksaan dan menjadi kebanggan guru-guru dan ibu-bapa?

Cikgu boleh membantu. Insya Allah, dengan usaha yang tekun oleh adik-adik sendiri dan tunjuk ajar yang betul oleh cikgu, Add Math dan Fizik bukanlah subjek yang sukar untuk adik-adik score. Cubalah, 2 jam pertama adalah percuma! Jika tidak sesuai dengan adik-adik, boleh batalkan kelas dan adik-adik tidak rugi apa-apa!!

Cikgu Tuisyen Di Rumah – Kenapa Semakin Popular?

Oleh: Ahmad Hambal Noorsham

Di seluruh dunia, trend mengambil cikgu tuisyen yang datang ke rumah atau home tuisyen semakin meningkat. Di United Kingdom, peningkatan ibubapa yang mengambil guru tuisyen di rumah adalah sebanyak 18% kepada 24% tahun ini (rujuk artikel ini). Di Singapura, ibubapa membelanjakan $820 juta setahun untuk tuisyen, dimana hampir separuhnya untuk tuisyen di rumah (rujuk di sini ). Di Korea Selatan perbelanjaan untuk tuisyen persendirian atau ‘private tutoring’ dijangka akan mencecah $13.9 billion menjelang akhir 2012 yang lepas. (Artikel di sini)

Apakah factor-faktor yang menyebabkan peningkatan ini? Ada 3 sebab utama mengapa cikgu tuisyen di rumah semakin menjadi pilihan ibubapa dan pelajar:

1. Peningkatan bilangan pelajar menyebabkan persaingan semakin kompetitif

Perlukan Cikgu Tuisyen

Disebabkan pertambahan graduan, saingan mendapatkan pekerjaan adalah semakin tinggi. Graduan perlu mendapatkan keputusan yang bagus untuk diterima oleh syarikat-syarikat besar yang memandang kelulusan mereka disamping kemahiran mereka. Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah pula, keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan membolehkan mereka mengambil jurusan yang mereka inginkan di IPTA dan IPTS. Pada masa yang sama ia membolehkan mereka mendapat tajaan biasiswa atau pinjaman dari badan-badan kerajaan atau swasta untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara. Namun kesemua peluang di atas adalah terhad bergantung kepada tempat yang dapat diberikan oleh setiap organisasi. Maka hanya individu yang mencapai keputusan cemerlang sahaja yang akan diambil. Atas sebab ini, ibubapa mula mengambil tutor persendirian bagi memberikan bantuan tambahan secara individu terhadap anak-anak mereka. Ini bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi peperiksaan penting seperti SPM, IGCSE, A-Levels, International Baccalaureate dan sebagainya. Bantuan secara individu ini jarang dapat diberikan oleh cikgu-cikgu pelajar ini di sekolah disebabkan bilangan pelajar yang ramai untuk sesuatu kelas.

2. Sesetengah pelajar memang perlukan bantuan secara individu.

Guru Tuisyen

Tidak semua pelajar mempunyai kemampuan belajar, pemahaman dan kepandaian yang sama. Sesetengah pelajar mengambil masa yang agak lama untuk memahami apa yang dibelajar di sekolah ( Pelajar-pelajar seperti ini juga dikenali sebagai ‘slow learner’). Kebanyakan guru di sekolah perlu menghabiskan silibus dengan cepat menyebabkan ada pelajar yang ketinggalan akibat tidak faham atau cikgu mengajar terlalu laju. Penyelesaian ibubapa ialah dengan mengambil tutor yang merupakan pakar bagi sesuatu subjek bagi membolehkan anak mereka mempelajari semula bahagian yang mereka ketinggalan. Sebab-sebab lain perlunya pelajar kepada guru tuisyen di rumah adalah seperti pelajar ketinggalan kerana baru berpindah ke sekolah baru, pelajar tidak dapat menhadiri kelas kerana sakit atau sebab-sebab lain, pelajar bertukar aliran, subjek tidak di ajar di sekolah atau pelajar yang telah tamat bersekolah tetapi mahu menduduki semula peperiksaan besar seperti SPM. Tutor persendirian juga diperlukan oleh golongan dewasa berkerja yang mahu belajar kemahiran seperti bahasa kedua (Bahasa Inggeris, Mandarin) , kemahiran berkaitan pekerjaan mereka seperti ACCA, Microsoft Office atau AutoCAD, atau lain-lain subjek sama ada ianya akademik atau tidak. Golongan dewasa ini tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas disebabkan tugasan mereka.  Mengambil tutor di rumah yang mempunyai masa fleksibel adalah langkah yang sangat bersesuaian dengan kehendak golongan yang bekerja ini.

3.  Cikgu tuisyen melengkapkan tugas guru di sekolah.

Tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar sesuatu ilmu atau subjek yang baru, dan menjalankan aktiviti pembelajaran yang lain seperti mengendalikan eksperimen dan sebagainya. Namun ianya tidak mencukupi kerana sesetengah pelajar perlukan bantuan tambahan seperti cara menjawab soalan dalam peperiksaan atau berbincang tentang kesalahan dalam menjawab soalan. Disinilah fungsi guru tuisyen sebagai pelengkap. Peranan cikgu tuisyen adalah khusus dalam membantu pelajar menjawab soalan-soalan, menerangkan mengapa pelajar mendapat jawapan salah, atau menerangkan semula bahagian yang pelajar tidak faham. Cikgu tuisyen persendirian juga membantu dari segi lain seperti memberikan motivasi, memberikan bimbingan sahsiah atau membimbing pelajar dari segi cara belajar atau merancang waktu belajar. Segelintir ahli masyarakat gemar menyalahkan guru-guru sekolah apabila berlaku penurunan prestasi pelajar dalam pelajaran. Guru sekolah dikatakan tidak pandai mengajar atau tidak berusaha membantu pelajar secara individu. Hakikatnya guru-guru mempunyai banyak tugasan lain seperti menanda kertas, bermesyuarat, menyediakan bahan pembelajaran, memasukkan markah murid ke dalam sistem dan lain-lain. Pada masa yang sama, sebahagian besar guru-guru sekolah mempunyai peranan yang lain selain mengajar. Antaranya, mereka juga merupakan seorang warden, guru disiplin, jurulatih sukan, guru kelab, guru badan beruniform dan sebagainya. Guru-guru di sekolah hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu pelajar secara individu, atau mengajar semula topik yang telah diajar didalam kelas kepada pelajar-pelajar yang tidak faham. Oleh itu, cikgu tuisyen bertindak sebagai pelengkap dengan membantu pelajar memahami lebih mendalam apa yang dibelajar di sekolah.

Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Afrika Selatan telah mengenalpasti fungsi tuisyen yang merupakan pelengkap kepada pembelajaran di sekolah. Mereka memahami yang guru tuisyen bertindak memenuhi keperluan pelajar dan menyumbang kepada pembangunan kapital manusia (human capital). Ini dapat dilihat dengan bantuan yang diberikan kerajaan mereka kepada cikgu tuisyen seperti pemberian subsidi, latihan kepada guru tuisyen serta pengurangan cukai. (Artikel di sini). Diharapkan kerajaan kita dapat mengenalpasti dan menghargai peranan cikgu-cikgu tusyen dan memberikan mereka lebih banyak bantuan. Secara tidak langsung, ianya dapat menyumbang kepada kebaikan dan kemajuan pelajar-pelajar hari ini yang akan menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

Sumber: http://www.tutorkami.com